THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 24, 2009

pErkoNgsiAn iLmU


Tajuk : KEMAHIRAN BELAJAR
A- Kemahiran Membaca
B- Kemahiran Mencatat Nota
C- Kemahiran Mengingat

KEMAHIRAN BELAJAR

A. KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
· Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH
· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi
· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa
· Duduk dengan betul
· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT
· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat:
pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca

8· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives

HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY


· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. CATATKAN isi yang dibaca
· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
· Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.


B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

Kemahiran MENDENGAR
· Digunakan semasa proses pembelajaran
· Boleh dilakukan serentak
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

Kemahiran MEMBACA LAJU.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

Kemahiran MENULIS
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
·

Catatkan KATA KUNCI sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

NOTA RINGKAS dan padat
· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
Gunakan PERKATAAN sendiri
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
· Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
· Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

Faham setiap KATA KUNCI
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
· Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.

C. KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

HAFAL isi yang dibaca
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

Isi DISUSUN dengan betul
· Sebutkan isi yang kamu hafal
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
· Pastikan turutan isi betul
· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

UJI kemampuan daya ingatan
· Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
· Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.



Menggunakan Kaedah AKROSTIK
· Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
·
(Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang) Contoh: Jenis Kata:
Kata = Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana



Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
· Gantikan fakta kepada bentuk cerita

·
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, KarbohidratContoh: Kelas Makanan

(Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat )



Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
· Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
·
(654320789)Contoh:
654…..320……789




Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
· Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
· Pilih lagu yang paling kamu gemari.
· Ingatan menjadi bertambah

Reptila, Ika Mamalia, Burung, Amfibia

(rimba)

kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.


Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
· Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
· Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
·
Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, AmfibiaMenggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
·
RIMBA
· Contoh: Pengelasan Haiwan

Tuesday, June 2, 2009

KeNanGaN TeriNdaH BeRsaMa AdiK2 SAR...

selama 5 hari 4 malam,..aku bersama sahabat2 baik ku & adik2 junior berjuang bersama penuh bersemangat untuk membantu adik2 dari sekolah agama rakyat supaya mereka boleh menjadi umat yang hebat suatu hari nanti...masa itu,..akulah insan yang paling gembira,..tu pun kalau adik2 ni ingat kat abang nazri yang tak de ape2 ni,..

.........semangat ku mula berkobar2,....
apabila Dr. Jazimin mula memaklumkan kepada Azril(President KASIH tu..heheh, Orang yg btul2 besar...), Dato' Nc nak buat program kat sekolah agama rakyat,..aku mula merentas alam para sedar,.."wah...best ni,..aku bangga, masih ada insan mulia yang memikirkan sekolah agama rakyat,..tempat aku belajar dulu,..aku mula merentas emosi lagi,..bertuah adik2 ni,..aku dulu tak de pun orang nak wat program motivasi kat universiti,..sedihnya..( tima kasih Dato' Prof Aminah Ayob,..semoga ALLAH merahmati usaha Dato')

...aku,merentas emosi lagi,memikirkan perkara yang belum pasti.."Mintak-mintak la Dr. JAzimin ajak aku join program ni,"..jadi orang angkat makanan pun ok la,..tak pun tolong kutip sampah untuk adik2 ni pun xpe,..yang penting ( ...aku nak tolong adik2 aku,..aku nak jumpa adik2 aku,..aku nak tengok adik2 aku akan jadi umat yang hebat daripada aku,...)...emosi ku belayar lagi,...

...aku tersedar,..rupa-rupanya aku dalam bilik mesyuarat di bangunan bersejarah UPsi,..Bangunan SuLuH BudiMaN...Dr. Jazimin sedang membentangkan Program Sar kat UPSI nanti..KASIH dijemput turut serta dalam program ni,..kebanggaan kepada KASIH,..masih ada yang percayakan kita,..tahniah kepada semua pelajar Kaunseling,.."anda semua memang hebat,.."

...aku mula berangan,.."Dr. nak ajak aku ke utk untuk prgram ni????.."
(biarlah masa & takdir yang menentukan.....)

....masa berjalan je,perjalanan ku di upsi hampir tamat, {utk sem ni la}.......
....exam dh hbis,...apa yg ak jawab ntah...


Dr. tak call aku pun,..nama aku xde ke dalam program ni,..sedinhnyaaaaaaaaa....hukhukhuk....

xpe la,..aku kirim doa je untuk kejayaan program ni,..

tiba-tiba je...
Azril(papa),..call aku,...aku tengah best sembang dengan mak kat dapuq,.de plak orang kacau tengah-tengah ari ni,...ye la,..tak tau nak wat pe kat umah,..masak,..sapu sampah,..mengemas,..n sembang dengan mak je la,..bestnya dapat selalu sembang dengan mak kat umah,..( anak mak,..jangan marah ek)..Azril cakap...jam 12.45tengahari...."nazri,...Dr. JAz mitak kt tolong dia conduct budak2 program sar ni,..ko kn pergi awl tau,..aku kan de kenduri kawen,..kata azril kepada aku..(dengan nada arahan..ye la..kita ni kat bawah dia kn la ikut arahan..)

..hati kecil berbicara(fuh,macam wat novel la plak,..merepek tul aku nie),..betul ke ni jeril,..Dr ajak aku sekali ke?????
hapynyaaaaaaaaaaa....bak kata lirik nasyid nie.."fikiran ku merantau jauh, renungkan sesuatu",...perasaaan tak sbar mula menyerang dalam diri yang pendik ni,..aku kan tolong adik2 aku,..aku akan jadikan mereka lebih hebat dari aku,..ni la kebangaan umat muhammad,..sebaik2 umat,..(adik2 sar)

walaupun,..aku telah mendapat jemputan program pada 29 mei ni,..aku dengan semangat men'call kwn aku,.."sory,..aku x dapt join la program hang,..aku kn tolong Dr. aku kat UpSI...ni penting tau,..sory ek,.."

...(pada 27 mac 2009, jam 7.10 malam)...dengan semangat...aku berkeseorangan ke Tanjung Malim,...dengan keretapi kelas ekonomi, ..{tak ingat la plak ketapi tu nama pe..hehe} yang meluncur laju,..di tengah malam yang kelam lagi hitam,..aku hanya ditemani Mp4 kesayangan ku,..teman yang amat memahami ku,..teman yang tidak pernah marah,..teman yang tidak pernah cemburu, ..teman yang paling setia,..teman yang sentiasa membuatkan aku tidak merasai bahawa aku berkeseorangan,..walaupun aku hanya keseorangan sentiasa,..inilah aku,..yang tak suka dengan orang ramai,..aku dengan cara ku,..aku dengan hidupku,..hidup manusia yang serba kekurangan,..hidup dengan banyak dosa pada tuhan,..hidup yang jarang rindu pada rasul Muhammad,..adakah aku akan mendapat kebahagian dunia ni???...persoalan yang tak penah aku dapat jawapannya,..tp biar lah,...mak cakap.."kalau kt dekat dengan ALLAh,..semua akan bahagia,..dengan manusia ni bkn semua akan buat kt gembira..ingat lah,...semua yang dah berlaku akan ujian dan pengalaman dalam hidup dik yie( aku la tu, bila cakap ngan mak chek je..)..
mcm de kumpulan nasyid ni cakap...

"mengapakah dunia yang dikejari, sedangkan ia kan di tinggal pergi, apalah gunanya harta di sisi, tika jasad terkaku mati, bayangkanlah jika di dunia ini, bekalan terhenti mudah dicari, bagaimana pula disana nanti, tanpa bekal pahala kita kan rugi...

..sebab kecik n pendik,..so pangil la adik g walaupun dh tua,..hehee..dah la pangil acik plak tu,..walaupun de adik g 3 orang,..( mengada2 tul....)

....eh...jauh plak meleret die,..sambung balik,..

....tut..tut...dah sampai tanjung malim,...tengah best layan lagu D'hearty n mestica tu...dh kena trun,..,..jam 4.30 pagi,..ngantuk gilerrrrrrr,....x dapat tidoq dlm ketapi,..asyik ingat program ni,..
asyik melayan perasaan je,..hehe,..ni la orang yang warna biru dan lahir bulan oktober,..emosi tul,..hehhe..aku gelak sorang dalam ati,...giler tul aku nie...


,

...semangat program dah dapat aku rasai,..bahang kesibukan sudah dapat aku terima,..
Dr. anatq masej..."nazri,..dh sampai t.malim ke..nnt jumpa saya kat bilik jam 7.45 pagi,..dengan semangat program sar,..aku pun balas,..ok Dr,.
(tak fikir yang aku ni tak tidoq semalaman,..mata pun dh jadi macam panda,..lepas aku solat subuh,..letak la kepala kat atas meja stady,..sambil layan lagu D'hearty,..tiba2,...aku dh belayar,...jauhhhhhhhhhhhhhhhhh,...

..aku sedar,....tengok kat sony ericsson ku,...7 miscall,..Dr.jazimin,..aku tengok jam di atas meja ku,..jam 9.15 pagi,..whattttttttt........aku dh tak tepati janji,.

..dr. hisyam pun call gak,..nak jumpa,..macam na nie,..
malunya....

hanya reply,..."maaf banyak2 Dr....sy terlena tadi,.."

...aku mula sibuk,..untuk membantu dr jaz,...aku nak program ni berjaya,...sebelum tu,..

..nak la ku cerita cikit,..orang2 yang amat sibuk dan banyak pengorbanan dalam program ni,..tahniah kepada barisan pensyarah yang amat sibuk dengan tugas,..tapi sangup comitmen dalam program ni,..anda semua memang hebat,..hebat,..hebat..(tred mark sem 6 kaunseling..hehe)

*Dr. Jazimin ( orang yang saya nampak sangat sibuk,tapi memang sibuk pun....memberikan komitmen,..semua keje die buat,tak tau erti penat .., kami yg tengok pun letih,..lepas bis program, kn p K.L plak,..program dengan perkama plak,..lepas ni kn urus program lain plak,..(xtau la..cbuk gler...)..masa cuti ujung minggu nie pun,..dihabiskan hanya untuk adik2 sar,..ni la pensyarah kaunseling,..pakar teory reality tu,.choise teory,..)

*Dr. Ibrahim : ...Ni lagi la hebat,..segan sy,..tak sangka,..aku orang biasa,..dapat bercakap dengan DEKAN FAKULTI SAINS SOSIAL ni,..orang hebat ni,..tapi sanggup turun padang untuk menjayakan program ni,..orang yang banyak berkerja keras untuk program ni,..tahniah DR. Ibrahim dan tak lupa,..kat Zaujah Dr. Ibrahim,..Dr. Shakirah(pasangan yang amat secocok,.sama membantu dalam mencemerlangkan adik2 ni,..umat mulia,..umat Muhammad,..(maaf Dr kalau tulisan sy ni tersalah atau tak beradab)..

*Cik Zuraini N Cik Siti :..Yg ni x payah cakap la,..diorang lagi letih dari kami,..sy tak nampak time mane 2 cik ni rehat,...program bermula sampai habis,..mesti ada je,..tak de ayt yang sy bleh merepek kat sini nak cter betapa hebat komitmen 2 cik ni,..

*Dr. Hisyam,...ust Akramin,..en.Taquddin,..us. khairul,..Dr. Muzaffar shah,..Dr misnan "ayah kawan sy,..hehe..( kepada semua pensyarah yang terlibat la,..banyak sangat,..tak ingat dah,..heheh,...),...semua banyak meluangkan masa untuk semua ni,...tahniah kepada anda semua..ni la perjuangan untuk umat mulia...umat muhammad...)

*kat semua pensyarah2 yang bg seminar,...Profesor2,..Dr2...En2...Puan2,..Cik2....( yang sy ingat la,...profesor noor shah(pensyarh mate), Dr. Uzi,..en.Halim,..Puan Azizah( pensyarah saya masa Ce dulu,..), En. Nurzik(pesyarah sy masa sem 1 dulu),..ramai g la,...

* ok..ni yang penting nak gtau,..kepada semua kawan2 kaunseling,..kawan sem 6,..ikmal, Fashan, Azril( dengan bangganya aku menngatakan..kita hebat..tahniah..)...pastu kat adik2 sem 2,..ataullah, fini, hafiz, abu@upik..hehhe,.wan, ima n odi,..tahniah,..anda semua memang hebat...dalam program ni,..kt dah wujudkan kejelekitan yang hebat antara sem 2 n 6 yang dh nak kuar dari upsi ni,..anda semua,.mesti akan lupakan kami kan...tapi,..kerana progrm ni,..kt akan kekal ingat mengingati,..buat selama2 lamanya,...


*kat semua abang2 driver bas,..maaf la ek,..saya wat banyak salah,..tq very much...

sambung balik cter ,..KeNanGaN TeRiNdaH BeRsaMa AdiK2 SAR...

nak mula dari mana ni ek.....

ermmmmm...ok,..mula dari aku ke abasiah,..ambik adik2 ni,..

jam 6.45 lagi...abang nazri@chek(ni bahasa kedah,.makna dia saya)..boleh ke??.

..ke abasiah,..dengan abang rosdi(driver bas upsi),..ke sungkai,..sempoi la abang ni,..sampai kat sungkai..jemput pelajar,...sebelum tu,..makan nasi lemak dulu,..pengetua belanja,..hehhe,..sembang dengan ustaz Aswad"best la..tengah boring tunggu bas",..

...di kuo,..semua pelajar dh sampai,..sedikit taklimat...pastu pelajar2 ni terus dibawa ke kampus,..jam 10.30,..terus masuk seminar,..(program yang amat terkejar2,..pack tul jadual die,..),..km smua iring la plajar2 nie k SITC n DRT,..


( sambung g nnt....to be contneu,...tnggu ek,...)nak p makan jap...dh kul 1. tghari..3 jun 2009.."ketua fc@...exco kasih.."

(4 jun 2009..sambung merepek balik..baru ja balik dari K.L ngn AzriL..)

...aku berAnmasi lagi.."nak tulis ape ni??..kang kena kutuk ngan azril lg nie.."...

..xpe lah,..chek mula cter dari slot seminar yg pertama :..

slot 1 : spm (english )...aku bawa adik2 ni ke sitc..aku ngn fasyan la,..ye la,..mn nak tau de pe2 yang boleh ditolong ..so..nunggu la chek dalam sitc tu..sampai la hbis seminar..."adik2 ni,..ari first ni..biasa la,..letih g,..masih terkejut,..masih de ego masing2.."

pmr ( b.melayu)..yang kat drt tu atau n the geng yang jaga,..x tau la sgt.."tp,..semua ok,.."

hari first ni,..km pun masih sbuk dengan pengurusan2 lain g,..agak letih la,..tp xpe,..yang penting chek happy..

..d'percepatkan masa,..

dah malam dah,..kira waktu maghrib sampai isyak tu...adk2 ni dgar kuliah la..

lepas isyak...hehe(ni yang cter ckit ni,..)

slot malam ni..adik2 ni bersama dengan aktiviti kaunseling @ persatuan kasih(walaupun keseluruhan program ni kasih yang beriya2 sgt..)
"dalam idea ni,...dh de mudul yg nak dbuatnya,..macam2 yg chek nk buat nak bg adik2 ni dpt yang terbaik dlm program ni,..nak bg adik2 ni bermotivasi, bersemangat, ada jati diri, semangat setiakawan & mcam2 g...tapi..."biar lah rahsia apa yg berlaku dlm hati ni...hanya yg faham je akan tau apa yg berlaku..."

{kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan}

"biarkan ia menjadi suatu pengalaman dalam lipatan sejarah yang tersendiri & akn ku simpan pengalaman ni elok2 dlm ati ku nie, xde sape y akan tau perasaan masa tu,..hanya yang tau.."adik2 islah , irsyadiah, abbasiah, tahfiz je..anda semua memang hebat..dh berjaya buat abg tukar emosi dlm masa 10 minit je,..anda memang hebat pada hari pertama tu,..( adik2 semua memang hebat,..)

{nanti abang akan masukkan dlm blog nie,..motivasi belajar, kemahiran belajar...insyaallah..sape2 adik2 islah yang nak,..tolong ingatkan abang..}

...(sambung balik )...

malam tu,..en. taquddin yang jalankan aktviti untuk menjelekitkan adik2 peserta program,..memang pakar n banyak pengalaman lah,..banyak g chek kn blajar ngn pakar2 ni,..en. taquddin, Dr.Jaz...

..tepuk 1 x, 2x, 3x..
..ok,..cari kumpulan y sm bulan lahir,..sama tinggi,..

..malam tu pun dah habisssss.....( kami ni..lepas la awl,..nak suh tdoq awal..)

tapi......suprizeeee...

(sambung g nnt...dh ngantuk...)..11.45 mlm...

(...jam 12.01 pg...6 jun 2009..)

..sambung sikit g la..sebelum aku melayari bahtera di alam mimpi..sebelum balik kg malam esok...

sambung suprizzz smalam...sebenarnya, xde pe pun..cuma mlm firtst ni meriah ckit..adik2 nie xmau tdoq g..smua nk menghayati suasana malam di kuo..ok la..tapi kami yang pening kepala,..buatnya bdak2 nie pergi x balik2 ..macam ne??x pening kepala kami nak jwab ngn mak ayah diorang..sebab tu la,..abang nazri marah..x bagi kuar..walaupun..adik2 nie lapar..kami pun keluar la belikan makanan..ikmal la yg kn tolong..dh Dr Lntik die jd ktua unit mkanan..hehe..malam tu..km kecian tengok Dr.Jaz..sbb nak pastikan smua clear..die kul 1 lbih br blik umh dari pg die cbuk utk program nie..tahniah kat smua yang berkorban..

{tolong-menolonglah kamu kepada perkara kebaikan dan takwa,..dan janganlah bertolong-tolongan atas kemungkaran dan maksiat}

...k la,..dh lwat mlm nie..esok nak blik kg dah..jmpa g lpas nie ek..

(untuk hari kedua program...)

perjalanan program pada hari kedua..ermmm...macam biasa la..adik2 ni lepas solat subuh, dah bersiap2 nak sarapan pastu terus ke dewan kuliah untuk sesi seminar ...nanti saya masukkan jadual seminar ni..kalau nak tau la..sekarang ni saya agak sibuk la nak siapkan tesis..x sempat nak menaip la..







mutiara

aku milik tuhanku

Niat ikhlas hapus empat perkara halang manusia beribadat

personaliti yang terbaik adalah mengambarkan kebersihan hati dan dekatnya diri dengan pencipta..Cinta ALLAH&RASUL