THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 8, 2010

BILA HIDAYAH MENYAPAKU

Oleh: Muharikah. Sumbangan Idea: nik5564

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.

‘Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan allah menyesatkannya kerana mengetahui (Kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya” ( Jatsiyah:23)


Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu. Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?


Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.

5 tahun lepas..

“Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?” Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.

“Hurrm…. Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini,” dengan senyuman manja dia membalas.

Ya,apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!

“Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,”

Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan.Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagian tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.

Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.

Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.

“Cakaplah sayang, apa dia?”

Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.

“Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?”

Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.

“Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?”



Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.

Lama ditenung mata hazel jejakan yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.

Dan akhirnya dia mengangguk setuju...



‘ Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!”

“Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke?Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?”

“ Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!”

Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.

“ Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!”

“ Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!” Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.

Dia berasa dunia dia gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.

“Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat.”Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.

Kakaknya menyambung, “Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bile kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau.Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'



Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu di hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.

Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?

Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!


Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.

“Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi” ( Hadis)

“Adlina, akak nak tanya ni....,’

Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.

“Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?”

Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawap persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?

“ Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat” ( Nisa:17)

Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.

‘Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.’

Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus –putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.

‘Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun bukan.’

Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang. Namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.

Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.

Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.

‘Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. ’

Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu?bisik hatinya.

‘Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.’

Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.

‘ Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.’

Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?

“Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya’ ( Anfal: 24)


Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!

Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!

‘Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ’ begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.

Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:

“ Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu.”


Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.

Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.

Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.

‘Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,’ Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.

Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.

Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.

‘Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.’

Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.

Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu…..

Tuesday, December 22, 2009

Cter HikMaH KemBaRa D'PuchonG



Puchong. 20 Disember 2009, bersempena dengan Karnival Exploria Kesenian Dan Kebudayaan anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kumpulan Marhaban nazri n my friend turut sama menyumbangkan suara yang memang telah sumbang..hehehe...walaupun ni pertandingan...tapi..macam wat show kat atas pentas tu..mengada-ngada tul..dah lama x naik pentas sebenarnya...bila dapat peluang ni..ape g..hehehe...kalah menang lain kira...tapi alhamdulilah..dapat tempat PeRtaMa jer...

ni baru cerita pasal pentandingan marhaban...( pertandingan marhaban tapi..macam nasyid..)cerita untuk pertandingan nasyid lepas ni ek..heheh)

...TaHnIah untuk sEmua....hasil usaha kita telah berjaya..abg nazri n abg zaki hapyyy sgt2 bila anak murid dapat menang ..nasib baik x kalahkan tok guru..heheh..kalau x malunyee..u all smua bleh bjaya g..bakat de...teruskan usaha....

pengalaman nzri yang best kat Puchong..bukan sekadar berprogram..tapi dapat ajar marhaban..dapat masuk pertandingan marhaban..dapat masuk pertandingan nasyid..dapat wat show..hehe..semua de...


satu pasukan....tapi lain-lain suara..hehehe....menang tetap dah menang..so..sajer jer nak bgambar dgn juri hakim...eh silap..juri hakim yang bergambar dengan kami..heheh..terpaksa la ambk gak..walaupun dh x mau bgambar dah.....hehehe


Cter plak psal Kem Tahfiz....ermm....nak cter tu banyak n panjang..x ckup satu novel..tapi d'pendek kan lar...banyak pengalaman..manis, pahit, tawar, separa masin pun der... kira nya mcm2 der lar..apa2 pun..nazri sgt happy sbb...cuti sem ni sampai kan ilmu islam kpada masyarakat..smoga keikhlasan ni ttp krana ALLAH....sbg tangungjawab orang mengucap syahadah..sbb....hadis rasullulah de mnyebut.."sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadah, dia adalah pendawah", hadis lain .." sampaikan walaupun sepatah ayat"...

Sunday, December 20, 2009

KisAh SePanJanG JaLan..HikMah KeMbArA

Assalamualikum ....
semua pelawat Narint...Tq n Syukran jazilan d'ucapkan...
alhamdulilah..sepanjang cuti semester akhir ni....banyak program yang terpaksa diselesaikan...dlm pertemuan pertama bulan Disember ni..Nazrint just nak share..

Semester Last Nazrint Jawab Exam di UPSI dekat D'hati..:
subhanallah..paper akhir ni ..masyallah ..sangat memberi ujian n cabaran....dengan semester Psikologi Disorder..hehehe..sakitnya mental...tapi..usaha ttp kn usaha...nak jadi cikgu kaunseling n pakar psikologi n pakar motivasi n pejuang kaunseling ISLAM..mesti kuat semangat n terus berusaha...sedangkan RASULLULAH tak pernah bosan dengan berdakwah..just nak kongsi...sebenarnya..nazri suka sgt paper Psikologi ni..

Perjuangan yang semesti nya benar2 mencabar...menyiapkan tesis..masyaalah..banyak tul ujian dari ALLAH....dari sem 6 kena ciapkan proposal..ujung2 sem..kn tukar tjuk..fuh..ujian2..kn la berjuang mencari bhan tjuk baru...sem 7..Bermula la perjuangan utk ciapkan tesis. kjian Eksperimantal yang mmg mencbar..kajian program yang dijalankan...ni la ckt tesisnye..heheh ..

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok berstruktur berdasarkan teori REBT terhadap lokus kawalan dalaman dalam kalangan pelajar anak yatim dan miskin tingkatan dua. Kajian ini telah dijalankan secara eksperimen ke atas 12 orang subjek yang dipilih secara rawak bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dengan kawalan rawatan. Data di kumpul dengan menggunakan alat ukur Rotter’s Locus of Control Scale (RLCS) secara pra dan pos ujian. Subjek diberikan lapan sesi kaunseling kelompok berstruktur, dua jam setiap sesi dalam jangka masa tiga hari. Data kajian dianalisis menggunakan analisis min dan ujian-t pada aras kesignifikanan .05. Keputusan kajian menunjukkan kaunseling kelompok berdasarkan REBT berkesan terhadap lokus kawalan dalaman. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kaunseling kelompok berkesan untuk meningkatkan lokus kawalan dalaman pelajar tingkatan dua.

....sesuatu yang amat mnarik n pngalamn tesis...naz sngup dari T.malim ke Ipoh dgn moto.semata2 nak g ambik tesis yang kena antar dgn sgera sbab...de program di Puchong...


1 Disember 09...Program Kem Tahfiz

program sepanjng cuti sem ni..tp..banyak sgt pngalaman semasa naz kat cni..dapat kenal dgn adik2 pserta yang best2..hapy2..sporting2..cute2..comel2...n ceria..

.....tut tut..dah hampir ke pnhujung program...sedih sgat2 nak tingalkan banyak knangan dgn adik2 kat sini..

dengan :

team Marhaban, Amira,liana, yana, amelina, n the geng..u all mmng best..congratulation n tahniah..dapt tmpat ke 3..walaupun abg zaki n abg nazri smpat ajar skejap jer...


and...yang pling best..tahniah kat Nazri n Zaki..dr kecik kwn smpai bsar..dr kecik main sama2..dr kecik msuk ptndingan nsyid ..dr kecik msuk mrhaban .. kita mmg hbat ki...aku akn jd pakar motivasi..Dr.Mohd Nazri..ko mst jd pkar trannum..hehehe..(berangan ckt..)


Tp yang penting...kita 2 stil hbat..JOHAN MARHABAN tu...hehehe..

nnt kita wat team nasyid yang mantap...baru best..utk malam ni..stop dulu ek..sok smbung g...heheh






Friday, July 3, 2009

RinTihaNku..haYati LiriKnYa

Wednesday, July 1, 2009

Mahabbah OnLine



ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Segala puji-pujian hanya pada ALLAH yang maha berkuasa, tuhan sekalian alam, yang menurunkan segala nikmat kepada makhluknya. Ucapan selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga, sahabat baginda dan kepada seluruh penyampai syariat islam sehingga ke hari kiamat.

Dengan rasa penuh kesyukuran yang tidak terhingga, berkat taufik dan hidayah-NYA, ahkirnya saya dapat menerbitkan edisi khas “KALAM MAHABBAH online..di dalam blog" pada tahun 1430H ini, risalah ini adalah daripada terbitan secara pamplet yang diedarkan kepada pelajar kaunseling UPSI yang dikeluarkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah, Kasih. saya berharap, daripada terbitan risalah yang saya susun ini, dapat memberikan sedikt perkongsian ilmu kepada pelawat-pelawat blog ini. kesempatan ini, sidang editor ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan rejab, syaaban dan ramadhan, bulan mulia yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan kepada semua ahli KASIH@persatuan kaunseling UPSI, pelawat-pelawat blog saya khususnya dan seluruh warga UPSI amnya.

Semoga kita dapat menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini dan menghiasinya dengan amalan yang berfaedah dan bermanfaat.

Sidang Editor

www.nazrint.blogspot.com


hADIS Pilihan

Hadith : DuNia HaNyA SeMenTarA

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.

Huraian

1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya





NasiHat Untuk Diri Sendiri...


PENYAKIT EGO

Apabila seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seorang itu berpangkat besar Atau bila seseorang itu otaknya lebih dari orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia Dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya,istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya.Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar,rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan.Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia.Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.


Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya.Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana dia faham Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.


Mazmumah yang sangat dibenci Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego membawa implikasi yang sangat buruk.Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-

Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )


Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam,dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yg menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah,keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buangdari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini.


Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah Iblis memberitahu Nabi Musa AS yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis bangun dan berkata. 'waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar semuanya masuk neraka bersamanya.


Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

"Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".

Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya.Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia' & solehin (orang soleh) sangat tawadhuk


orangnya yakni merendah diri sesama manusia Firman Allah dalam Al-Quran:

Terjemahannya: "Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin".

(Surah At-Taubah:128)


Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga.


Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan,"Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui". Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :

"Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin".

(Hadith Riwayat Tarmidzi)


Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat diakhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?".Lantas dijawab baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang hina-dina, lemah dan kurang segala-galanya yang patu mengemis dan menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".


Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya:

"Musa, engkau siapa?" Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah".

"Ibrahim, engkau siapa?" Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah".

"Isa, engkau siapa?" Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah".


Lalu Allah bertanya kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?" Jawablah Rasulullah dengan rendahnya."Ana yatim" terus Allah menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah". Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, hodoh, bodoh,berlendir-lendir, berdarah dan bernanah

malah kudis di seluruh tubuhnya ketika orang itu berdiri di pintu majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.


Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,"Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,"Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasaakulah yang seorang itu". Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum dibelakangnya dan dibawa kerumah seorang janda bersama anak-anaknya yg ketiadaan makanan.Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar."Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti".


Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranaplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus kekepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.


Apalah dibanggakan kehebatan kita itu,dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:"Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila- bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam". Dan selawatlah pada Nabi sebanyak mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.


"Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku tidak pula

sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan

kepadaku.....ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah

pengampun dosa-dosa besar".


mutiara

aku milik tuhanku

Niat ikhlas hapus empat perkara halang manusia beribadat

personaliti yang terbaik adalah mengambarkan kebersihan hati dan dekatnya diri dengan pencipta..Cinta ALLAH&RASUL