Assalamualikum ....
semua pelawat Narint...Tq n Syukran jazilan d'ucapkan...
alhamdulilah..sepanjang cuti semester akhir ni....banyak program yang terpaksa diselesaikan...dlm pertemuan pertama bulan Disember ni..Nazrint just nak share..
Semester Last Nazrint Jawab Exam di UPSI dekat D'hati..:
subhanallah..paper akhir ni ..masyallah ..sangat memberi ujian n cabaran....dengan semester Psikologi Disorder..hehehe..sakitnya mental...tapi..usaha ttp kn usaha...nak jadi cikgu kaunseling n pakar psikologi n pakar motivasi n pejuang kaunseling ISLAM..mesti kuat semangat n terus berusaha...sedangkan RASULLULAH tak pernah bosan dengan berdakwah..just nak kongsi...sebenarnya..nazri suka sgt paper Psikologi ni..
Perjuangan yang semesti nya benar2 mencabar...menyiapkan tesis..masyaalah..banyak tul ujian dari ALLAH....dari sem 6 kena ciapkan proposal..ujung2 sem..kn tukar tjuk..fuh..ujian2..kn la berjuang mencari bhan tjuk baru...sem 7..Bermula la perjuangan utk ciapkan tesis. kjian Eksperimantal yang mmg mencbar..kajian program yang dijalankan...ni la ckt tesisnye..heheh ..
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok berstruktur berdasarkan teori REBT terhadap lokus kawalan dalaman dalam kalangan pelajar anak yatim dan miskin tingkatan dua. Kajian ini telah dijalankan secara eksperimen ke atas 12 orang subjek yang dipilih secara rawak bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dengan kawalan rawatan. Data di kumpul dengan menggunakan alat ukur Rotter’s Locus of Control Scale (RLCS) secara pra dan pos ujian. Subjek diberikan lapan sesi kaunseling kelompok berstruktur, dua jam setiap sesi dalam jangka masa tiga hari. Data kajian dianalisis menggunakan analisis min dan ujian-t pada aras kesignifikanan .05. Keputusan kajian menunjukkan kaunseling kelompok berdasarkan REBT berkesan terhadap lokus kawalan dalaman. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kaunseling kelompok berkesan untuk meningkatkan lokus kawalan dalaman pelajar tingkatan dua.
0 comments:
Post a Comment