THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 2, 2009

RaHsiA BuLaN K'laHirAn

Friday, May 1, 2009

MaRi MenCuba...

Kek Coklat Lembap




Bahan kek :

250 gm mentega

1 cawan gula kastor

1 cawan gula perang

4 biji telur (saiz A)

1 sk esen vanila

1 cawan susu cair suam

1 1/4 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan serbuk koko


Bahan topping :

150 gm coklat masakan

1/4 cawan air pana

1 sb mentega

1 sb susu pekat


Cara membuat kek :

Pukul mentega dan gula sehingga berkrim

Masukkan telur sebiji-sebiji

Masukkan esen vanila

Tepung dan koko yang telah diayak bersama dimasukkan berselang seli dengan susu suam

Tuang di dalam loyang yang telah digris

Masuk dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak

Sejukkan kek sebelum ditopping


Cara membuat topping :

Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'


Sweetie Butter Cake


kek


Bahan-bahan

1 1/2 cups butter,
softened (room temperature)
2 cups wheat flour
1 1/2 cups castor sugar
4 large eggs
2 teaspoons vanilla extract
1 teaspoon baking powder lemon zest cocoa powder or milo
2 bars cadburry chocolates (hazelnut)
1 bars white chocolate
1 cups cornflakes

CARA2 MEMBUAT
:

1. Pukul butter dengan gula sampai kembang dalam 5-6 minit. Lepas tu,masukkan telur sebiji demi sebiji... Kemudian..masukkan Vanilla extract...

2. Dalam satu bekas yang lain…campur tepung gandum dengan baking powder. Ayak dulu sebelum campurkan ke dalam adunan tadi.

3.Masukkan kat dalam butter mixture sedikit demi sikit... (tak payah guna mixer)..just kacau guna senduk.. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.satu campurkan ngan cocoa powder.nak guna milo pon boleh.. satu lagi bahagian parutkan kulit lemon@orange.

4.Sapu marjerin kat springform pan.masokkan 2 bahagian adunan tu selang seli…biar mcm belang2.hehe

5. Bakar dalam 170 ‘c oven 30 to 40 minutes. Cool in room temperature first before frosting ngan chocolate or whatever topping u like.



kereta



Kek PisaNg

kek pisang

Bahan-bahan


* 4 biji pisang(leh guna apa2 jenis pisang)

* 1 1/2 cawan butter atau marjerin

* 1 1/2 cawan gula

* 4 biji telur

* 1 sudu teh vanilla essence

* 4 sudu besar fresh cream(leh ganti ngan yogurt biasa)

* 2 sudu besar lemon juice

* 2 cawan tepung gandum

* 1 sudu teh soda bicarbonate

* 1 sudu teh baking powder


Cara-cara membuatnya:


# Pukul butter dengan gula sampai kembang

# Bila dah kembang.Masukkan telursatu demi satu.

# Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.(tidak payah menggunakan mixer.. kacau sahaja)

# Masukkan pisang yang telah dilenyek + esen vanila ke dalam adunan.

# Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.Kacau sehingga sebati.

# Sapu loyang dengan marjerin and masokkan adunan tadi

#Bakar pada suhu 160 degree selama 45-55 minit



Chocolate Chip Muffin



Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*

2 camca besar serbuk koko*

2 camca teh baking powder*

1/2 camca teh soda bikabonat*
(bahan-bahan* disatukan dan diayak)

250 ml susu segar

90 ml minyak sayuran

1 biji telur

1 camca teh esen vanila

125 g gula halus

100 g choco cips

100 g cornflakes

p/s: kalau pakai cornflakes yg kosong blh la tamabh gula sehingga 175g

Cara-cara:

1. Susu, minyak sayuran, telur dan esen vanilla disatukan.

2. Gula dicapurkan dengan bahan2 yg diayak. Gaul hingga rata.

3. Masukkan bahan basah ke dalam tepung.

4. Cornflakes yg dihancurkan dan choco cips dimasukkan ke dalam bancuhan tadi dan digaul rati.

5. Panaskan oven pada suhu 180darjah dan bakar selama 20 minit.


Sunday, April 26, 2009

NiKmaT ALLAH...

aNak SaudArA Ku,..

Saturday, April 25, 2009

KisaH Ku,..

Friday, April 24, 2009

SaBaR & M'GeLuH

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang tidak mengetahui aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu? "

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

KuAsA aLLaH,..

Frekuensi Gelombang Otak



Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Perbezaan Frekuensi
Frekuensi Elektrik: Merupakan masa yang diperlukan untuk perubahan satu pusingan lengkap daripada positif ke negatif. Untuk frekuensi elektrik kuasa yang digunakan di Malaysia adalah 50Hz. Ini bermakna untuk satu perubahan lengkap dari awal positif ke akhir negatif memerlukan 1/50 = 0.02 saat.

Frekuensi Komunikasi: Merupakan masa yang diperlukan untuk perubahan getaran zarah udara. Cthnya adalah komunikasi telefon mudah alih Celcom 900Mhz. Maka masa yang diperlukan untuk getaran zarah bergerak dari asal ke suatu arah dan kembali ke asal memakan masa 1/900Mhz = 0.000000001 saat.

Begitu juga apabila kita bercakap. Kita akan memberikan tenaga kepada zarah udara lalu zarah udara akan bergetar pada frekuensi tertentu dan akhirnya zarah udara ini akan menggetarkan gegendang telinga. Kemudian otak menafsirkan getaran gegendang tersebut kepada bentuk maklumat. Maka kita dan juga kawan-kawan akan mendengar apa yang kita cakapkan.

*Sebab itu komunikasi boleh ‘wireless’ kerana frekuensinya merupakan getaran zarah udara sedangkan elektrik kuasa tidak boleh ‘wireless’ kerana frekuensinya bukanlah melibatkan udara.

Frekuensi Otak
Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.

2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

Saya selalu menurunkan frekuensi anak-anak murid saya ke tahap alpha supaya mereka dapat menerima segala apa yang saya ajar dengan mudah.

Saya juga menggunakan frekuensi ini ketika membaca, membuat penyelidikan dan sebagainya. Saya juga menasihati anak saya (juga isteri) ketika mereka berada di frekuensi ini.

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Penutup
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

sumber: http://www.fuadlatip.com/v1/2009/02/frekuensi-gelombang-otak/

mutiara

aku milik tuhanku

Niat ikhlas hapus empat perkara halang manusia beribadat

personaliti yang terbaik adalah mengambarkan kebersihan hati dan dekatnya diri dengan pencipta..Cinta ALLAH&RASUL